Gam Arab

Gam Arab(arabic gum): Khasiat, Sejarah dan merawat buah pinggang

gam arab

Beberapa tahun ini, ‘Arabic gum’ atau gam arab telah menjadi salah satu makanan yang terkenal dan dikatakan mempunyai banyak khasiat dan kebaikan. Bahkan ada yang mengatakan ia mampu menyembuhkan pesakit yang mempunyai masalah kegagalan buah pinggang dan beberapa penyakit lain.

Asal usul Arabic gum

Arabic gum berasal daripada pokok Acacia senegal, ia juga diperoleh dari pokok Acacia seyal (sebelum ini dikenali sebagai Vachellia seyal).  Ia adalah pokok berduri, berbatang kecil yang selalunya tumbuh hingga ke ketinggian 15 kaki. Pokok ini adalah natif di kawasan padang pasir seperti sub-sahara afrika, Oman, Pakistan dan Pantai barat India. Ketika kemarau, kulit pokok tersebut pecah mengeluarkan lelehan sap (getah?) yang berbentuk seperti titisan air dan mengeras menjadi seperti apa yang digelar gam arab.

Pokok Acacia senegal

Pada zaman sekarang, arabic gum secara kormesialnya dikeluarkan daripada pokok tersebut dengan cara menoreh kulit pokok acacia dan lelehan gam arab tersebut akan diambil untuk dipasarkan.

Kualiti gam selalunya dapat dibezakan dengan keadaan pokok ketika mana gam tersebut terhasil sama ada ia terhasil ketika kemarau yang ekstrim atau diambil dengan cara torehan kulit pokok. Gam yang terhasil ketika musim kemarau mempunyai kualiti yang lebih bagus daripada gam yang diambil secara torehan.

Arabic gum yang keluar daripada kulit pokok

Kualitinya juga ditentukan dari jenis arabic gum seperti Combretum dan juga daripada genus pokok Albizia. Harganya lebih murah daripada gam acacia. Ia mengandungi tannin yang agak menjejaskan rasanya.

Kini, 80% bekalan arabic gum dunia dieksport dari negara Sudan (dari varieti pokok Acacia senegal). Namun, dari sudut sejarahnya arabic gum diperoleh dari pokok Acacia nilotica yang dikatakan tumbuh sepanjang Sungai Nil dahulu (sekarang ia digelar gum india atau amvarati gum)

Sejarah

Gam arab telah lama digunakan dalam dunia perubatan tradisional. Orang mesir selalu menggunakannya dalam minuman dan makanan, ia juga untuk ubatan bagi mengurangkan rasa sakit. Pengamal perubatan tradisional selalu menggunakannya untuk pelbagai jenis penyakit. Sebagai pelawas, melegakan cirit-birit, menghilangkan sakit gigi dan sakit kepala, malah ia dipercayai untuk menajamkan ingatan dan menghindar dari penyakit nyanyuk dan lupa.

Hari ini, ianya digunakan secara meluas dalam industri farmaseutikal (sebagai bahan dalam pembuatan kapsul dan ‘tablet coating’, penstabil) dan bahan yang sangat penting dalam industri pembuatan makanan.

Jika anda pernah membaca bahagian label makanan, pasti pernah terjumpa perkataan ‘penstabil makanan’ atau E414 yang digunakan sebagai kod bagi gum acacia sebagai ‘food additive’. Selepas ini tidak perlulah kita terpengaruh dengan retorik kisah berantai nombor E pada makanan yang dikatakan berasal dari babi dan tidak halal ya?

Gam arab ini juga digunakan secara meluas dalam industri penghasilan cat dan pewarna untuk lukisan, sebagai bahan yang melindungi permukaan supaya tahan lama, salah satu bahan dalam proses ‘glazing’ bagi pembuatan seramik dan pelbagai lagi kegunaan.

Ia juga digunakan sebagai gel yang diletakkan di luka seperti ulser di dalam mulut yang berfungsi untuk mengurangkan sakit.

Sebelum ini, ia pernah digunakan dalam hospital dimana ia berfungsi untuk meningkatkan tekanan darah pesakit ketika mana pendarahan berlaku sewaktu pembedahan. Pada ketika itu, penggunaannya adalah dengan cara menyuntik larutan gam tersebut terus ke dalam saluran darah. Tetapi penggunaanya didapati menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan juga hati

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Apakah sifat Gam acacia dan kandungan di dalamnya?

Gam Acacia adalah rapuh, tidak berbau dan tidak mempunyai rasa. Ia mengandungi gula kompleks, asid, kalsium dan beberapa jenis elektrolit yang lain.

Komposisi kimia arabic gum adalah terdiri dari polisakarida (rantaian gula panjang) arabinogalactan yang bersangkutan dengan protein. Rantaian arabinogalactan ini terdiri dari gula jenis arabinose dan galactose. Menariknya, nama gula arabinose tersebut diperoleh dari tumbuhan Acacia ini (ARAB tree, ARAB sugar, ARABinose)

Ia sangat mudah larut dalam air dan tidak larut dalam pelarut organik.

Gam Arab, khasiat dan kebaikan nya

Apakah prebiotik? Prebiotik adalah makanan bagi bakteria baik di dalam usus. Perlu diketahui bahawa gam arab merupakan salah satu prebiotik yang terbaik untuk pertumbuhan bakteria baik dalam usus.

Kesemua prebiotik adalah fiber iaitu terdiri daripada karbohidrat kompleks yang tidak boleh diuraikan oleh sistem pencernaan manusia. Tetapi tidak semua fiber boleh bertindak seperti prebiotik.

Bakteria di dalam usus akan menjalankan proses penapaian untuk menguraikan fiber tersebut dan hasil daripada penapaian itu akan digunakan sebagai tenaga bagi bakteria di dalam usus. Penguraian fiber itu juga akan menggalakkan pembiakkan bakteria baik di dalam usus.

Bukan itu sahaja, proses penapaian tersebut juga akan menghasilkan rantaian pendek asid lemak (Short chain fatty acid) yang sangat bermanfaat bagi manusia. 3 jenis asid lemak yang selalu dihasilkan adalah acetate, butyrate dan propionate. Salah satu fungsi asid lemak tersebut adalah ia mengurangkan pH usus besar menjadikannya lebih berkeadaan asid dan perkara tersebut akan membantu pembiakkan bakteria baik seperti bifidobacteria dan lactobacilli serta juga merencat pembiakan bakteria jahat.

Beberapa kelebihan gam arab yang bertindak sebagai prebiotik

  • Mengurangkan keradangan pada bahagian usus. Oleh itu, ia boleh mengurangkan serangan penyakit Inflammatory bowel disease
  • Sedikit sebanyak melindungi usus daripada terkena kanser usus
  • Meningkatkan kadar penyerapan garam galian seperti kalsium dan magnesium
  • Mengurangkan faktor risiko untuk kena sakit jantung dan strok
  • Menyebabkan rasa kenyang. Oleh itu, ia boleh menyebabkan pengurangan berat badan dan boleh mengelakkan obesiti

Adakah ia boleh menyembuhkan penyakit buah pinggang?

Jawapannya TIDAK.

Satu kajian dilakukan pada tahun 1996 melibatkan 16 orang pesakit buah pinggang. Pesakit tersebut diberi gam arab setiap hari dan disusuli selepas beberapa bulan. Ia menunjukkan penurunan bacaan urea iaitu salah satu kompaun yang tinggi ketika mana ada masalah buah pinggang. Tetapi dalam kajian ini, ia masih tidak menunjukkan organ buah pinggang tersebut sembuh

Jadi bagaimanakah arabic gum boleh mengurangkan bacaan urea di dalam pesakit ini? Untuk menjelaskan perkara ini, kita kena cerita kajian pada tahun 2014 dimana salah satu bakteria baik di dalam usus dibuktikan dapat mengurangkan bacaan urea di dalam darah. Ia disebabkan bakteria tersebut mampu menguraikan urea yang berada di dalam usus.

Oleh itu, disebabkan pengambilan prebiotik seperti arabic gum meningkatkan jumlah bakteria baik di dalam usus, ia juga akan menyebabkan penguraian urea di dalam usus meningkat. Oleh itu, ia akan menyebabkan bacaan urea di dalam darah semakin berkurangan.

Secara kesimpulannya, arabic gum tidaklah mampu menyembuhkan buah pinggang, tetapi ia hanya mengurangkan bacaan urea di dalam darah. Walaubagaimanpun, bacaan tersebut masih lagi tinggi jika hendak dibandingkan dengan mereka yang sihat

Penggunaan arabic gum diperbolehkan kerana ia mampu menyediakan keadaan yang bagus untuk pembiakan bakteria baik di dalam usus. Malah mampu mengurangkan faktor risiko untuk berhadapan dengan penyakit kronik seperti obesiti, kencing manissakit jantung dan sebagainya.

INGATAN PENTING: Bagi pesakit yang bergantung pada ubat-ubatan sebagai kelangsungan hidup menghadapi penyakit kronik atau mengalami jangkitan yang memerlukan antibiotik, antiviral pada kepekatan darah yang tepat, pengambilan arabic gum perlu diambil kira dan dipantau (seeloknya tidak perlu diambil). Berbincanglah dengan doktor dan ahli farmasi anda mengenai pengambilan arabic gum ini. Ini kerana pengambilannya boleh menjejaskan penyerapan beberapa jenis ubat-ubatan.

Kesimpulannya, arabic gum adalah makanan prebiotik yang selamat dan bagus untuk sistem pencernaan kita. Ia baik sebagai pencegahan dari beberapa penyakit kronik dan obesiti. Makanlah ia ketika anda sihat, bukan setelah sakit. Ia bukanlah ubat ajaib yang boleh menyembuhkan penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang dan kencing manis yang anda hadapi!

Khasiat Makanan Yang Lain

Khasiat MaduKhasiat Kangkung
Khasiat Bawang MerahKhasiat Tomato
Khasiat AprikotKhasiat Durian
Khasiat Durian BelandaKhasiat Jagung
Khasiat SengkuangKhasiat Kacang Tanah
Khasiat Bayam BrazilKhasiat Kurma
Khasiat MengkuduKhasiat Daun Kari
Khasiat Kacang GajusKhasiat Gam Arab
Khasiat Sayur BayamKhasiat Ulam Raja
Khasiat Kunyit HitamKhasiat Minyak Zaitun
Khasiat Kunyit

Rujukan:

  1. Meyer JE. The Herbalist . Hammond, IN: Hammond Book Co.; 1934:13.
  2. Dobelis IN, ed. Magic and Medicine of Plants . Pleasantville, NY: Reader’s Digest Association, Inc.; 1986.
  3. Evans WC. Trease and Evans’ Pharmacognosy . 13th ed. London: Bailliere Tindall; 1989.
  4. Morton JF. Major medicinal plants . Springfield, IL: C.C. Thomas Publisher; 1977.
  5. Anderson DM, Morrison NA. The identification of Combretum gums which are not permitted food additives, II. Food Addit Contam . 1990;7:181-188.
  6.  Anderson DM, Morrison NA. Identification of Albizia gum exudates which are not permitted food additives. Food Addit Contam . 1990;7:175-180.
  7. Leung AY, Foster S. Encyclopedia of Common Natural Ingredients Used in Food, Drugs, and Cosmetics . New York, NY: J. Wiley and Sons; 1980.
  8. Anderson DM, Millar JR, Weiping W. Gum arabic (Acacia senegal): unambiguous identification by 13C-NMR spectroscopy as an adjunct to the Revised JECFA Specification, and the application of 13C-NMR spectra for regulatory/legislative purposes. Food Addit Contam . 1991;8:405-421.
  9. Kurup TR, Wan LS, Chan LW. Interaction of preservatives with macromolecules: Part I- natural hydrocolloids. Pharm Acta Helv . 1992;67:301-307.
  10. Rasha Babiker,Tarig H Merghani, Khalifa Elmusharaf, Rehab M Badi, Florian Lang, and Amal M Saeed: Effects of gum Arabic ingestion on body mass index and body fat percentage in healthy adult females: two-arm randomized, placebo controlled, double-blind trial. Nutr J. 2012; 11: 111. doi: 10.1186/1475-2891-11-111
  11. D Z Bliss, T P Stein, C R Schleifer, and R G Settle: Supplementation with gum arabic fiber increases fecal nitrogen excretion and lowers serum urea nitrogen concentration in chronic renal failure patients consuming a low-protein diet. Am J Clin Nutr March 1996 vol. 63 no. 3 392-398
  12. Miranda Alatriste PV, Urbina Arronte R, Gómez Espinosa CO, Espinosa Cuevas Mde L. Nutr Hosp. 2014 Mar 1;29(3):582-90. doi: 10.3305/nh.2014.29.3.7179. Effect of probiotics on human blood urea levels in patients with chronic renal failure.

 BOLEH PESAN GUM ARABIC DISINI:






KHASIAT GUM ARABIC

Kandungan Berkhasiat Arabic Gum

Jadi, apakah yang membuatkan arabic gum berkhasiat? Arabic gum mengandungi beberapa komponen yang menyebabkan ia bagus untuk kesihatan. Salah satu komponen penting yang ada di dalam arabic gum adalah serat makanan. Arabic gum kaya dengan serat larut iaitu sehingga lebih 85%.

Serat larut telah terbukti bagus untuk menurunkan berat badan dan membantu mengawal paras gula serta kolesterol dalam darah. Serat yang ada di dalam arabic gum juga telah dikenali antara serat yang paling selamat di dunia. Selain itu, arabic gum juga mempunyai beberapa komponen mineral seperti kalsium, kalium dan magnesium yang bagus untuk fungsi badan.

Di samping itu, arabic gum juga mengandungi komponen asid amino seperti lysinetyrosine dan histidine yang juga dikenali sebagai antioksidan biomolekul yang boleh membantu untuk aktiviti antioksidan di dalam gum arabic.

10 Khasiat arabic gum kepada kesihatan

Memandangkan arabic gum mempunyai beberapa komponen yang penting untuk kesihatan, ia sekaligus memberi khasiat kepada kesihatan kita. Berikut adalah beberapa khasiat Arabic gum kepada kesihatan:

1. Mengawal paras gula dalam darah

Antara kebaikan arabic gum adalah ia boleh membantu untuk mengawal paras gula dalam darah. Terdapat satu kajian telah dijalankan ke atas 40 subjek yang terdiri daripada individu sihat, pesakit prediabetes, pesakit diabetes jenis 2, dan pesakit diabetes yang mempunyai masalah diabetes nefropati (kerosakan buah pinggang disebabkan diabetes).

Kajian itu mendapati bahawa pengambilan serbuk arabic gum sebanyak 10g sehari selama 16 minggu telah menurunkan paras gula semasa berpuasa dan bacaan gula selama tiga bulan yang lepas (HbA1c) di dalam semua pesakit diabetes.

Di samping itu, kajian itu juga mendapati bahawa terdapat penurunan di dalam bacaan creatinine bagi pesakit yang mempunyai masalah kerosakan buah pinggang sekaligus menunjukkan kesan perlindungan arabic gum terhadap buah pinggang daripada menjadi lebih teruk.

Hal ini kerana arabic gum kaya dengan serat larut yang boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah. Jadi, jelaslah bahawa arabic gum bagus untuk pesakit diabetes.

Artikel BerkaitanSimptom Kencing Manis dan Rawatan

2. Menurunkan paras kolesterol

Selain itu, arabic gum juga berupaya menurunkan paras kolesterol dalam darah. Kajian yang dijalankan terhadap pesakit yang mempunyai masalah hyperlipidemia (kandungan lemak tinggi dalam badan) telah mendapati bahawa pengambilan arabic gum boleh menurunkan paras kolesterol, trigliceride dan jumlah LDL-kolesterol (kolesterol baik) dalam darah.

Hal ini kerana arabic gum kaya dengan serat yang boleh meningkatkan penyingkiran kolesterol dari badan seterusnya  menurunkan paras kolesterol dalam darah.

Artikel Berkaitan: Punca Kolesterol Tinggi dan Rawatan

3. Mengawal tekanan darah tinggi

Arabic gum juga boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi. Terdapat satu kajian yang telah dijalankan terhadap pesakit buah pinggang kronik tahap 3 yang mempunyai tekanan darah tinggi. Kajian itu mendapati bahawa pengambilan 10-25g gum arabic yang dilarutkan di dalam 250ml air minuman dan diambil pada waktu pagi selama 16-18 minggu telah menurunkan tekanan darah tinggi pesakit tersebut.

Selain itu, kajian lain juga telah mendapati bahawa pengambil arabic gum sebanyak 10g sehari selama 16 minggu juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi di dalam pesakit diabetes.  Oleh itu, ini menunjukkan bahawa arabic gum boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi dan membantu mengembalikannya menjadi normal.

Artikel Berkaitan: Punca Darah Tinggi dan Rawatan

4. Mencegah masalah obesiti

Arabic gum juga boleh membantu mencegah masalah obesiti dalam masyarakat. Kajian telah mendapati bahawa pengambilan 30g arabic gum setiap hari selama 6 minggu boleh menurunkan indeks jisim tubuh (BMI) dan peratusan lemak badan.

Kajian ke atas tikus juga telah mendapati bahawa arabic gum boleh menurunkan pengambilan makanan sekaligus mampu mengelak pengambilan makanan secara berlebihan dan seterusnya boleh mencegah masalah obesiti.

Hal ini kerana arabic gum tinggi dengan serat makanan yang telah terbukti boleh memberi rasa kenyang apabila dimakan dan juga boleh memberikan rasa kenyang yang berpanjangan.

5. Fungsi prebiotik

Oleh kerana kandungan seratnya yang tinggi, arabic gum juga  mempunyai fungsi sebagai prebiotik. Prebiotik adalah bahan yang berperanan penting untuk meningkatkan jumlah probiotik atau bakteria baik di dalam usus sekaligus memberi pelbagai kebaikan kepada badan seperti membantu sistem penghadaman badan berfungsi dengan baik dan juga membantu penyerapan mineral di dalam badan.

Kajian telah mendapati bahawa dos optimal bagi fungsi prebiotik arabic gum adalah sebanyak 10g setiap hari dan ia mempunyai nilai prebiotik setanding dengan inulin.

6. Menyokong sistem pertahanan badan

Selain itu, arabic gum juga boleh menyokong sistem pertahanan badan. Fungsinya sebagai prebiotik boleh membantu meningkatkan sistem pertahanan badan seterusnya boleh mencegah jangkitan penyakit.

7. Aktiviti antiulser

Selain itu, arabic gum juga mempunyai aktiviti antiulser yang boleh mencegah masalah ulser perut. Kajian yang dijalankan terhadap tikus telah mendapati bahawa arabic gum mempunyai kesan perlindungan terhadap pembentukan ulser perut. Fungsi arabic gum sebagai serat makanan juga boleh membantu penyembuhan ulser perut.

8. Bagus untuk masalah buah pinggang

Arabic gum juga bagus untuk pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang. Pelbagai kajian telah dijalankan terhadap tikus yang telah mendapati potensi arabic gum bagi menurunkan bacaan urea dan creatinine yang tinggi sekaligus mampu mengelakkan masalah buah pinggang menjadi teruk.

Hal ini kerana pengambilan prebiotik seperti arabic gum boleh meningkatkan jumlah bakteria baik di dalam usus, meningkatkan proses penguraian urea di dalam usus sekaligus menurunkan bacaan urea di dalam darah. Di samping itu, kajian ke atas pesakit diabetes juga mendapati bahawa gum arabic boleh mencegah masalah kerosakan buah pinggang menjadi lebih teruk.

Selain itu, satu kajian yang dilaporkan pada tahun 2009 juga telah mendapati bahawa pesakit kanak-kanak yang mempunyai penyakit buah pinggang tahap akhir dengan dialisis telah mendapati bahawa pemberian arabic gum bersama diet pemakanan yang betul telah berupaya memberi kebebasan dialisis selama 6 tahun kepada pesakit tersebut. Pesakit itu juga berupaya mengawal paras creatinine dan urea (penunjuk aras kerosakan buah pinggang) yang biasanya sukar dikawal apabila menjalani dialisis.

Oleh itu, dapat dilihat bahawa arabic gum bagus untuk pesakit buah pinggang kronik dan berpotensi untuk mencegahnya menjadi lebih teruk. Walaupun kajian sebelum ini menunjukkan keberkesanan arabic gum menggantikan dialisis atau merawat masalah buah pinggang, namun diingatkan bahawa gum arabic tidak boleh menggantikan ubat sedia ada dan diambil sewenang-wenangnya tanpa permerhatian dan nasihat pakar perubatan bagi pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang. Hal ini kerana setiap individu mempunyai faktor kesihatan yang berbeza.

9. Aktiviti antioksidan

Selain itu, arabic gum juga mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi yang boleh membantu melawan radikal bebas sekaligus mencegah penyakit. Kajian telah menunjukkan bahawa rawatan dengan menggunakan arabic gum telah meningkatkan antioksidan di dalam tikus. Hal ini kerana ciri-ciri arabic gum yang boleh melawan radikal bebas, terdapatnya beberapa komponen antioksidan di dalam arabic gum atau penghasilan antioksidan biomolekul oleh arabic gum.

10. Berpotensi mencegah kanser

Di samping itu, arabic gum juga berpotensi untuk mencegah penyakit kanser seperti kanser usus. Kajin mendapati bahawa arabic gum boleh membantu menurunkan sehingga 70% jumlah tumor di dalam tikus yang didedahkan dengan kanser usus. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa arabic gum berupaya mengubah gene tumor sekaligus boleh mencegah kanser. Oleh itu, ini jelas menunjukkan kesan antikarsinogenik arabic gum yang boleh membantu mencegah kanser.

Artikel Berkaitan: Punca Kanser Usus dan Rawatan

Kesimpulan

Kesimpulannya, dapat dilihat arabic mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan seperti mampu mengawal paras gula dalam darah, menurunkan paras kolesterol dalam darah, mengawal tekanan darah, tinggi aktiviti antioksidan, boleh mencegah penyakit kanser dan mempunyai aktiviti antiulser.

Kandungan seratnya tinggi juga bagus untuk mencegah masalah obesiti. Selain itu, arabic gum juga mempunyai fungsi prebiotik, bagus untuk menyokong sistem pertahanan badan dan bagus untuk masalah buah pinggang.

Walaupun kajian sebelum ini menunjukkan keberkesanan arabic gum untuk pelbagai jenis penyakit, namun diingatkan bahawa gum arabic tidak boleh menggantikan ubat sedia ada dan diambil sewenang-wenangnya tanpa permerhatian dan nasihat pakar perubatan terutamanya yang mempunyai masalah penyakit kronik seperti masalah buah pinggang.

Hal ini kerana setiap individu mempunyai faktor kesihatan yang berbeza dan boleh memberi kesan yang berbeza. Pendek kata, ia bukanlah ubat mujarab yang boleh menjadi penyembuh kepada penyakit kronik sedia ada. Namun, ia tetap bagus untuk diambil oleh individu sihat bagi mencegah masalah kesihatan dan merupakan sumber prebiotik yang bagus.

Akhir sekali, diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada pembaca mengenai khasiat arabic gum.

BAGAIMANA NAK PESAN?

KOS PENGHANTARAN:  KURANG DARI 3 KG,

 CUMA RM8.00 SAHAJA (SEMENANJUNG MALAYSIA)


1 PEK  - RM30.00 + POSTAGE (RM8) = RM38.00

2 PEK - RM60.00 + POSTAGE (RM8) = RM68.00

3 PEK - RM90.00 + POSTAGE (RM8) =  RM98.00

4 PEK - RM120 +  FREE POSTAGE = RM120.00

5 PEK - RM150 + FREE POSTAGE = RM150.00


BAYARAN BOLEH DIBUAT DI 

MAYBANK

NAMA:  TAHA GLOBAL

NO AKAUN:  540026279418

SILA WASSAP RESIT KE      0123700352

SERTA

1. NAMA

2. ALAMAT DAN

3. NOMBOR TALIPON



Therapeutic Potential of Gum Arabic (Acacia senegal) in Chronic Kidney Disease Management: A Narrative Review

  Therapeutic Potential of Gum Arabic ( Acacia senegal ) in Chronic Kidney Disease Management: A Narrative Review Sami Alobaidi 1 Editor: G...