10 Khasiat Arabic Gum Yang Anda Perlu Tahu

khasiat arabic gum

Arabic gum adalah sejenis makanan yang bagus untuk kesihatan dan mempunyai khasiat yang tinggi. Artikel ini akan membincangkan mengenai komponen-komponen penting di dalam arabic gum dan khasiat arabic gum kepada kesihatan.

Pengenalan

Arabic gum adalah sejenis bahan yang boleh didapati daripada pokok Acacia daripada jenis Acacia senegal dan Acacia seyal yang boleh ditemui di negara-negara tropikal dan subtropikal seperti di India, Afrika, Sudan dan Nigeria. Di Malaysia, arabic gum boleh didapati dalam bentuk terproses seperti serbuk dan telah banyak dijual di pasaran.

Ia telah digunakan secara meluas sebagai penstabil, pemekat dan agen penggelan (gelling agent) di dalam minuman dan makanan seperti gula-gula getah, pastil dan marshmellow.

Namun kini, arabic gum telah digunakan secara meluas sebagai makanan tambahan untuk kesihatan. Jawatankuasa Pakar Bersama FAO / WHO mengenai Makanan Tambahan telah melaporkan bahawa arabic gum adalah selamat untuk diambil  dan pengambilannya tidak akan menyebabkan kesan yang buruk kepada kesihatan.

Kandungan nutrisi

Tidak dinafikan, arabic gum juga kaya dengan nutrisi yang baik. Jadual di bawah menunjukkan kandungan nutrisi yang ada di dalam arabic gum.

  • Kalori: 1.7kcal
  • Karbohidrat: 95%
  • Protein: 0.8%
  • Lemak: 0%
  • Kalium: 2000mg/kg
  • Kalsium: 9000mg/kg
  • Magnesium 1200mg/kg

Dapat dilihat bahawa arabic gum rendah dengan kalori dan majoritinya terdiri daripada serat larut iaitu sehingga lebih 85% arabic gum. Di samping itu, arabic gum juga mengandungi pelbagai mineral seperti kalium, kalsium dan magnesium.

Kandungan Berkhasiat Arabic Gum

Jadi, apakah yang membuatkan arabic gum berkhasiat? Arabic gum mengandungi beberapa komponen yang menyebabkan ia bagus untuk kesihatan. Salah satu komponen penting yang ada di dalam arabic gum adalah serat makanan. Arabic gum kaya dengan serat larut iaitu sehingga lebih 85%.

Serat larut telah terbukti bagus untuk menurunkan berat badan dan membantu mengawal paras gula serta kolesterol dalam darah. Serat yang ada di dalam arabic gum juga telah dikenali antara serat yang paling selamat di dunia. Selain itu, arabic gum juga mempunyai beberapa komponen mineral seperti kalsium, kalium dan magnesium yang bagus untuk fungsi badan.

Di samping itu, arabic gum juga mengandungi komponen asid amino seperti lysine, tyrosine dan histidine yang juga dikenali sebagai antioksidan biomolekul yang boleh membantu untuk aktiviti antioksidan di dalam gum arabic.

10 Khasiat arabic gum kepada kesihatan

Memandangkan arabic gum mempunyai beberapa komponen yang penting untuk kesihatan, ia sekaligus memberi khasiat kepada kesihatan kita. Berikut adalah beberapa khasiat Arabic gum kepada kesihatan:

1. Mengawal paras gula dalam darah

Antara kebaikan arabic gum adalah ia boleh membantu untuk mengawal paras gula dalam darah. Terdapat satu kajian telah dijalankan ke atas 40 subjek yang terdiri daripada individu sihat, pesakit prediabetes, pesakit diabetes jenis 2, dan pesakit diabetes yang mempunyai masalah diabetes nefropati (kerosakan buah pinggang disebabkan diabetes).

Kajian itu mendapati bahawa pengambilan serbuk arabic gum sebanyak 10g sehari selama 16 minggu telah menurunkan paras gula semasa berpuasa dan bacaan gula selama tiga bulan yang lepas (HbA1c) di dalam semua pesakit diabetes.

Di samping itu, kajian itu juga mendapati bahawa terdapat penurunan di dalam bacaan creatinine bagi pesakit yang mempunyai masalah kerosakan buah pinggang sekaligus menunjukkan kesan perlindungan arabic gum terhadap buah pinggang daripada menjadi lebih teruk.

Hal ini kerana arabic gum kaya dengan serat larut yang boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah. Jadi, jelaslah bahawa arabic gum bagus untuk pesakit diabetes.

Artikel Berkaitan: Simptom Kencing Manis dan Rawatan

2. Menurunkan paras kolesterol

Selain itu, arabic gum juga berupaya menurunkan paras kolesterol dalam darah. Kajian yang dijalankan terhadap pesakit yang mempunyai masalah hyperlipidemia (kandungan lemak tinggi dalam badan) telah mendapati bahawa pengambilan arabic gum boleh menurunkan paras kolesterol, trigliceride dan jumlah LDL-kolesterol (kolesterol baik) dalam darah.

Hal ini kerana arabic gum kaya dengan serat yang boleh meningkatkan penyingkiran kolesterol dari badan seterusnya  menurunkan paras kolesterol dalam darah.

Artikel Berkaitan: Punca Kolesterol Tinggi dan Rawatan

3. Mengawal tekanan darah tinggi

Arabic gum juga boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi. Terdapat satu kajian yang telah dijalankan terhadap pesakit buah pinggang kronik tahap 3 yang mempunyai tekanan darah tinggi. Kajian itu mendapati bahawa pengambilan 10-25g gum arabic yang dilarutkan di dalam 250ml air minuman dan diambil pada waktu pagi selama 16-18 minggu telah menurunkan tekanan darah tinggi pesakit tersebut.

Selain itu, kajian lain juga telah mendapati bahawa pengambil arabic gum sebanyak 10g sehari selama 16 minggu juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi di dalam pesakit diabetes.  Oleh itu, ini menunjukkan bahawa arabic gum boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi dan membantu mengembalikannya menjadi normal.

Artikel Berkaitan: Punca Darah Tinggi dan Rawatan

4. Mencegah masalah obesiti

Arabic gum juga boleh membantu mencegah masalah obesiti dalam masyarakat. Kajian telah mendapati bahawa pengambilan 30g arabic gum setiap hari selama 6 minggu boleh menurunkan indeks jisim tubuh (BMI) dan peratusan lemak badan.

Kajian ke atas tikus juga telah mendapati bahawa arabic gum boleh menurunkan pengambilan makanan sekaligus mampu mengelak pengambilan makanan secara berlebihan dan seterusnya boleh mencegah masalah obesiti.

Hal ini kerana arabic gum tinggi dengan serat makanan yang telah terbukti boleh memberi rasa kenyang apabila dimakan dan juga boleh memberikan rasa kenyang yang berpanjangan.

5. Fungsi prebiotik

Oleh kerana kandungan seratnya yang tinggi, arabic gum juga  mempunyai fungsi sebagai prebiotik. Prebiotik adalah bahan yang berperanan penting untuk meningkatkan jumlah probiotik atau bakteria baik di dalam usus sekaligus memberi pelbagai kebaikan kepada badan seperti membantu sistem penghadaman badan berfungsi dengan baik dan juga membantu penyerapan mineral di dalam badan.

Kajian telah mendapati bahawa dos optimal bagi fungsi prebiotik arabic gum adalah sebanyak 10g setiap hari dan ia mempunyai nilai prebiotik setanding dengan inulin.

6. Menyokong sistem pertahanan badan

Selain itu, arabic gum juga boleh menyokong sistem pertahanan badan. Fungsinya sebagai prebiotik boleh membantu meningkatkan sistem pertahanan badan seterusnya boleh mencegah jangkitan penyakit.

7. Aktiviti antiulser

Selain itu, arabic gum juga mempunyai aktiviti antiulser yang boleh mencegah masalah ulser perut. Kajian yang dijalankan terhadap tikus telah mendapati bahawa arabic gum mempunyai kesan perlindungan terhadap pembentukan ulser perut. Fungsi arabic gum sebagai serat makanan juga boleh membantu penyembuhan ulser perut.

8. Bagus untuk masalah buah pinggang

Arabic gum juga bagus untuk pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang. Pelbagai kajian telah dijalankan terhadap tikus yang telah mendapati potensi arabic gum bagi menurunkan bacaan urea dan creatinine yang tinggi sekaligus mampu mengelakkan masalah buah pinggang menjadi teruk.

Hal ini kerana pengambilan prebiotik seperti arabic gum boleh meningkatkan jumlah bakteria baik di dalam usus, meningkatkan proses penguraian urea di dalam usus sekaligus menurunkan bacaan urea di dalam darah. Di samping itu, kajian ke atas pesakit diabetes juga mendapati bahawa gum arabic boleh mencegah masalah kerosakan buah pinggang menjadi lebih teruk.

Selain itu, satu kajian yang dilaporkan pada tahun 2009 juga telah mendapati bahawa pesakit kanak-kanak yang mempunyai penyakit buah pinggang tahap akhir dengan dialisis telah mendapati bahawa pemberian arabic gum bersama diet pemakanan yang betul telah berupaya memberi kebebasan dialisis selama 6 tahun kepada pesakit tersebut. Pesakit itu juga berupaya mengawal paras creatinine dan urea (penunjuk aras kerosakan buah pinggang) yang biasanya sukar dikawal apabila menjalani dialisis.

Oleh itu, dapat dilihat bahawa arabic gum bagus untuk pesakit buah pinggang kronik dan berpotensi untuk mencegahnya menjadi lebih teruk. Walaupun kajian sebelum ini menunjukkan keberkesanan arabic gum menggantikan dialisis atau merawat masalah buah pinggang, namun diingatkan bahawa gum arabic tidak boleh menggantikan ubat sedia ada dan diambil sewenang-wenangnya tanpa permerhatian dan nasihat pakar perubatan bagi pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang. Hal ini kerana setiap individu mempunyai faktor kesihatan yang berbeza.

9. Aktiviti antioksidan

Selain itu, arabic gum juga mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi yang boleh membantu melawan radikal bebas sekaligus mencegah penyakit. Kajian telah menunjukkan bahawa rawatan dengan menggunakan arabic gum telah meningkatkan antioksidan di dalam tikus. Hal ini kerana ciri-ciri arabic gum yang boleh melawan radikal bebas, terdapatnya beberapa komponen antioksidan di dalam arabic gum atau penghasilan antioksidan biomolekul oleh arabic gum.

10. Berpotensi mencegah kanser

Di samping itu, arabic gum juga berpotensi untuk mencegah penyakit kanser seperti kanser usus. Kajin mendapati bahawa arabic gum boleh membantu menurunkan sehingga 70% jumlah tumor di dalam tikus yang didedahkan dengan kanser usus. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa arabic gum berupaya mengubah gene tumor sekaligus boleh mencegah kanser. Oleh itu, ini jelas menunjukkan kesan antikarsinogenik arabic gum yang boleh membantu mencegah kanser.

Artikel Berkaitan: Punca Kanser Usus dan Rawatan

Kesimpulan

Kesimpulannya, dapat dilihat arabic mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan seperti mampu mengawal paras gula dalam darah, menurunkan paras kolesterol dalam darah, mengawal tekanan darah, tinggi aktiviti antioksidan, boleh mencegah penyakit kanser dan mempunyai aktiviti antiulser.

Kandungan seratnya tinggi juga bagus untuk mencegah masalah obesiti. Selain itu, arabic gum juga mempunyai fungsi prebiotik, bagus untuk menyokong sistem pertahanan badan dan bagus untuk masalah buah pinggang.

Walaupun kajian sebelum ini menunjukkan keberkesanan arabic gum untuk pelbagai jenis penyakit, namun diingatkan bahawa gum arabic tidak boleh menggantikan ubat sedia ada dan diambil sewenang-wenangnya tanpa permerhatian dan nasihat pakar perubatan terutamanya yang mempunyai masalah penyakit kronik seperti masalah buah pinggang.

Hal ini kerana setiap individu mempunyai faktor kesihatan yang berbeza dan boleh memberi kesan yang berbeza. Pendek kata, ia bukanlah ubat mujarab yang boleh menjadi penyembuh kepada penyakit kronik sedia ada. Namun, ia tetap bagus untuk diambil oleh individu sihat bagi mencegah masalah kesihatan dan merupakan sumber prebiotik yang bagus.

Akhir sekali, diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada pembaca mengenai khasiat arabic gum.

Khasiat Makanan yang lain

Khasiat Habbatus SaudaKhasiat Manjakani
Khasiat Buah ZaitunKhasiat Air Lemon
Khasiat MengkuduKhasiat Brokoli
Khasiat YogurtKhasiat Jintan Manis
Khasiat MaduKhasiat Kulit Kayu Manis
Khasiat KopiKhasiat Tempe
Khasiat Daun PandanKhasiat Bunga Cengkih
Khasiat Ikan HaruanKhasiat Ikan Bilis
Khasiat Ikan KeliKhasiat Belut
Khasiat Air Halia

Rujukan

  1. Ahmed, A. A. (2018). Health Benefits of Gum Arabic and Medical Use. In Abdalbasit Adam Mariod (Ed.), Gum Arabic: Structure, Properties, Application and Economics (pp. 183–210). Academic Press.
  2. Al Mosawi, A. J. (2009). Six-year dialysis freedom in end-stage renal disease. Clinical and Experimental Nephrology, 13(5), 494–500.
  3. Ali, A. A., Ali, K. E., Fadlalla, A. E., & Khalid, K. E. (2008). The effects of gum arabic oral treatment on the metabolic profile of chronic renal failure patients under regular haemodialysis in Central Sudan. Natural Product Research, 22(1), 12–21.
  4. Babiker, R. . R., Merghani, T. H. . T. H., Elmusharaf, K. . K., Badi, R. M. . R. M., Lang, F. . F., & Saeed, A. M. . A. M. (2012). Effects of gum Arabic ingestion on body mass index and body fat percentage in healthy adult females: Two-arm randomized, placebo controlled, double-blind trial. Nutrition Journal, 11(111), 1–7.
  5. Bernard, S. M. (2013). Federal Register / Rules and Regulations (Vol. 78, Issue 235, pp. 73434–73438).
  6. Calame, W., Weseler, A. R., Viebke, C., Flynn, C., & Siemensma, A. D. (2008). Gum arabic establishes prebiotic functionality in healthy human volunteers in a dose-dependent manner. British Journal of Nutrition, 100, 1269–1275.
  7. Cherbut, C., Michel, C., Raison, V., Kravtchenko, T., & Severine, M. (2003). Acacia gum is a bifidogenic dietary fibre with high digestive tolerance in healthy humans. Microbial Ecology in Health and Disease, 15(1), 43–50.
  8. Idris, O. H. M. (2017). What is gum arabic? an overview. Int. J. Sudan Research, 7(1), 1–14.
  9. Mohammed, A. M. E. (2015). Estimation of the Active Components in Gum Arabic Collected from Western Sudan. International Journal of Science and Research, 6(3), 1262–1282.
  10. Nasir, O., Babiker, S., & Salim, A. M. (2016). Protective Effect of Gum Arabic Supplementation for Type 2 Diabetes Mellitus and its Complications. International Journal of Multidiciplinary and Current Research, 4(April), 288–294.
  11. Nasir, O., Wang, K., Föller, M., Bhandaru, M., Sandulache, D., Artunc, F., Ackermann, T. F., Ebrahim, A., Palmada, M., Klingel, K., Saeed, A. M., & Lang, F. (2010). Downregulation of angiogenin transcript levels and inhibition of colonic carcinoma by gum arabic (Acacia senegal). Nutrition and Cancer, 62(6), 802–810.

Kesan Gum Arabic terhadap Jisim Bakteria Najis dalam Sukarelawan Manusia Sihat

 

Rasheeda Hamid Abdalla Ahmed, ... Sulieman Mohamed El Sanousi, dalam Gum Arabic, 2018

 

Pengenalan

Gum Arabic adalah produk semula jadi purba yang digunakan oleh manusia sejak zaman firaun, yang menggunakannya untuk membuat bahan pewarna. Pokok akasia senegal, sumber utama GA, tersebar melalui apa yang dikenali sebagai "Sabuk Gusi Afrika." Tali pinggang ini terletak di utara khatulistiwa dan selatan Gurun Sahara, memanjang dari timur ke barat secara berterusan dari Somalia melalui Ethiopia, Sudan, dan banyak negara lain ke Senegal. A. senegal juga terdapat di bahagian Afrika di selatan khatulistiwa. Di Asia, A. senegal telah ditemui di Arab Saudi dan India. Di Sudan, GA dihasilkan di dua wilayah utama iaitu Sudan timur dan barat. Bahagian barat terdiri daripada Kordofan Utara, Darfur, dan sebahagian daripada wilayah Nil Putih, manakala bahagian timur termasuk wilayah Nil Biru dan Kassala. Kepentingan ekonomi GA untuk Sudan ialah ia merupakan salah satu komoditi eksport utama, menguasai kira-kira 10%–20% daripada jumlah pendapatan negara. GA sebelum ini digunakan oleh orang Mesir purba untuk membuat warna cat. Pada zaman moden, GA telah digunakan secara meluas dalam makanan, farmaseutikal, kosmetik dan industri lain, seperti tekstil, lukisan dan dakwat. GA juga telah digunakan dalam perubatan, seperti dalam rawatan edema nefritik dan dalam pembedahan plastik.

TESTIMONIALS ARABIC GUM

Hubungi Https://www.wasap.my/60123700352

STOKIS ARABIC GUM MELAKA

STOKIS ARABIC GUM MELAKA
https://www.wasap.my/60123700352

KHASIAT GAM ARABIC

Gam Arabic adalah makanan prebiotik untuk bakteria baik dalam usus. Dalam usus kita ada bakteria baik dan bakteria jahat. Gam Arabic adalah makanan bakteria baik yang dapat meningkatkan immuniti badan.  Untuk keterangan lanjut, hubungi 0123700352

USUS BOCOR

 Apa yang perlu diketahui tentang sindrom usus bocor


Apa itu?
LGS dan syarat-syarat lain
simptom
Punca dan faktor risiko
LGS dan autisme
Rawatan
Ringkasan
Sindrom usus bocor adalah keadaan pencernaan yang menjejaskan lapisan usus. Dalam sindrom usus bocor, celah di dinding usus membolehkan bakteria dan toksin lain masuk ke dalam aliran darah.

Ramai doktor dan profesional penjagaan kesihatan tidak mengiktiraf sindrom usus bocor (LGS) sebagai keadaan yang boleh didiagnosis. Walau bagaimanapun, bukti saintifik semasa menunjukkan usus bocor boleh menyumbang kepada pelbagai keadaan perubatan.

Dalam artikel ini, kami membincangkan LGS, serta gejala, punca dan faktor risikonya. Kami juga mengkaji apa yang dikatakan oleh penyelidikan semasa tentang usus bocor dan autisme. Akhir sekali, kami meliputi rawatan berpotensi untuk usus bocor dan memberikan petua untuk meningkatkan kesihatan usus secara keseluruhan.

Apakah sindrom usus bocor?
Sindrom usus bocor menyebabkan bakteria masuk ke dalam aliran darah melalui celah di dinding usus.
Saluran gastrousus (GI) adalah tiub organ yang bersambung yang mengalir dari mulut ke dubur. Organ-organ saluran GI termasuk:

esofagus
perut
usus kecil dan besar
Enzim pencernaan dalam perut dan usus kecil memecahkan nutrien dalam makanan dan minuman kepada molekul yang lebih kecil yang digunakan oleh badan untuk tenaga, pertumbuhan dan pembaikan.

Usus juga memainkan peranan penting dalam melindungi tubuh daripada bakteria dan toksin berbahaya.

Bukaan ketat di dinding usus membolehkan air dan nutrien masuk ke dalam aliran darah sambil mengekalkan bahan berbahaya di dalamnya. Dalam LGS, bukaan ini menjadi lebih luas, membolehkan zarah makanan, bakteria dan toksin masuk terus ke dalam aliran darah.

Mikrobiota usus dan sindrom usus bocor
Usus juga merupakan rumah kepada pelbagai jenis bakteria yang dipanggil mikrobiota usus. Bakteria ini membantu pencernaan, melindungi dinding usus dan menyokong fungsi imun yang normal. LGS mungkin melibatkan ketidakseimbangan dalam mikrobiota usus.

Menurut artikel 2016, ketidakseimbangan dalam mikrobiota usus boleh mencetuskan tindak balas imun badan. Ini mengakibatkan keradangan usus dan peningkatan kebolehtelapan usus (IP). IP menerangkan betapa mudahnya bahan boleh bocor keluar dari usus dan ke dalam aliran darah.

Gum Arabic dan Penyakit Buah Pinggang

Gum Arabic (GA) telah digunakan untuk merawat pelbagai penyakit; 
ia meningkatkan sistem penghadaman pesakit dan meningkatkan selera makan, dan bagi
 pesakit penyakit buah pinggang, ia membantu mereka mendapatkan tenaga yang mencukupi 
daripada makanan mereka.

GUM ARABIC ALMANNA AMEER MELAKA

😀GUM ARABIC ALMANNA AMEERADAKAH ANDA ADA MASALAH GASTRIK, GERD, SEMBELIT? 


ATAU MASALAH PENYAKIT SEPERTI KENCING MANIS, DARAH TINGGI DAN BUAH PINGGANG?

RAMAI YANG MENGALAMI MASALAH YANG SAMA. SEGALA MACAM CARA TELAH DIUSAHAKAN.

Tahukah anda terdapat bakteria yang baik di dalam usus. Tempat pengumpulan bakteria yang baik terdapat di Appendix.

Perut adalah OTAK kedua.

Ada bakteria baik.

Ada bakteria jahat.

Bakteria baik penting untuk pencernaan.

Bakteria baik akan hapuskan bakteria jahat, sekaligus keluarkan vitamin K, folate dan short chain fatty acids.

Apabila bakteria baik tidak kuat & microbiota usus tidak sihat, masalah akan datang.

Kajian dapati beberapa perkara berikut beri kesan kepada bakteria di dalam usus:

  1. Antibiotik
  2. Kurang senaman
  3. Merokok
  4. Stres
  5. Kurang tidur
  6. Makanan dalam kategori refined food atau makanan proses seperti makanan segera.

Dari Sumber Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia

Gum Arabic mempunyai kandungan prebiotik yang tinggi, iaitu 85% - 87%.

Ianya adalah 8 kali ganda lebih tinggi dari susu ibu.

Mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan.

Mengandungi 27% protein hydroxyproline yang baik untuk daya ingatan dan sumber kolajen.

Mempunyai kandungn kalsium 10 kali ganda susu lembu.

Bagi setiap 45g (3 sudu besar) Gum Arabic, ianya mengandungi serat larut air melebihi 15 biji epal dan prebiotik melebihi 30 biji epal.

Tahukah Anda Gum Arabic Adalah Makanan Yang Baik Bagi:

Sakit Buah Pinggang (sudah menjalani dialisis atau belum menjalani dialisis)

Sakit bengkak buah pinggang

Kencing kotor

Buasir, Cirit-birit

Kolestrol tinggi, Sembelit

Diabetes, Gout

Nak turunkan berat badan kerana ia tinggi dengan kandungan fiber

Batu karang, Lumpuh atau stroke

Menguatkan Antibodi melawan pelbagai penyakit

Tekanan darah tinggi, Kanser prostat

Penemuan Hasil Kajian Gum Arabic:

The US Food and Drug Administration (FDA) menyatakan Gum Arabic (GA) adalah satu sumber serat yang paling selamat.

Sumber prebiotik semulajadi yang membekalkan makanan kepada bakteria baik (probiotik) yang bertanggungjawab dalam membebaskan sisa najis, racun dan lemak berlebihan dari badan.

Menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids) yang membantu penghasilan tenaga kepada tubuh badan.

Menguatkan sistem imuniti (daya tahan badan) dan mengurangkan kolestrol dalam darah.

Mengapa anda perlu ambil Gum Arabic Ameer?

✅ Asli, Berkualiti, Selamat dan Berkesan (biiznillah dengan izin Allah jua)

✅ Terdapat di 100 outlets Farmasi terpilih seluruh Malaysia

✅ Sejak 2016 - mempunyai banyak testimoni positif

✅ Diuji di Makmal Toksikologi Pusat Racun Negara, USM

✅ Lulus Lab Test Berskala Tinggi - Tanpa Campurpalsu bahan terlarang, terbukti melalui ujian Drug Screenings

✅ Ada Sijil Chemical Profiling yang dikeluarkan oleh Pusat Racun Negara, USM

✅ 100% Asli, Tanpa Gula, Tanpa Perisa, Tanpa Pengawet (Original)

✅ Pharmaceutical Grade, Grade Arabic Gum sama seperti yang digunakan dalam Industri Pharmaceutical iaitu daripada spesis pokok Akasia Senegal bernilai tinggi, berbanding 1373 spesis dan varies yang lain

✅ Arabic Gum Gred Premium, bukan Gred Rendah

✅ Melalui Teknologi Water-Soluble

❌ Bukan Arabic Gum Timbang Kilo

❌ Bukan Arabic Gum yang digunakan dalam Industri Berat seperti Industri Pembuatan Cat/Textile yang berketul-ketul, bergumpal-gumpal, tiada ujian keselamatan oleh makmal

Kajian UKM Mengenai Khasiat Al Manna Gam Arab

Al Manna, Gam arab, Gam Arab Bio Emas, Gam Arabic, Gum Arab, Manna, Manna Bio Emas, Manna merawat sakit buah pinggang

Getah Arab (Gum Arabic) sejenis prebiotik asli yang hanya terdapat di Sudan mempunyai potensi dalam industeri perubatan, makanan dan solek antarabangsa akan dapat menguatkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah hab halal dengan adanya penyelidikan rapi mengenainya yang dipelopori UKM.

Universiti ini terlibat dalam suatu usahasama tiga pihak antara kerajaan, universiti dan sewasta untuk meningkatkan pengenalan terhadap khasiat kesihatan dari getah ini. Pihak kerajaan terdiri dari Lembaga Gum Arabic Sudan (GAB) dan Kedutaan Besar Sudan di sini manakal UKM adalah rakan universiti dan pihak sewasta pula diwakili Natural Prebiotic Sdn Bhd dan pengarahnya Ramli Sani yang mencetuskan usaha kolaborasi ini.

Ramli, 41 tahun, adalah juga bukti khasiat getah ini kerana beliau dahulu terpaksa menjalani rawatan dilasis tiga kali seminggu kerana buah pinggangnya sudah tidak berfungsi. Berkat penggunaan getah itu selama tujuh bulan buah pinggangnya sudah puleh dan beliau sejak 10 bulan kebelakangan ini tidak lagi perlu menjalani rawatan itu.
Beliau terlibat menjalankan beberapa project kontrek di Sudan dan kini adalah setiausaha agung Dewan Perniagaan Malaysia Sudan.

Tunggu apa lagi?

Boleh order di sini....

Berapa Harganya?


BOLEH LAWATI LINK INI:-


Untuk keterangan lanjut

www.wasap.my/60123700352

EJEN DIPERLUKAN

TG HalMart adalah kedai serbaneka yang dimiliki oleh Taha Globa dan beralamat di:-

No 27 Jalan BU 5, Taman Bachang Utama 75350 Melaka

 https://youtu.be/TMnwbWMP21U
SIGNS OF A MUNAFIQ (HYPOCRITE) It is narrated from Hazrat Abu Huraira that the Beloved Rasool said: 

There are three signs of a Munafiq (hypocrite). When he talks, he lies; When he makes a promise, he does not fulfil it, and when something is given to him in trust, he violates this trust.

 About the Narrator Hazrat Abu Hurairah is a well known companion of the Prophet . Narrations explain that he was known as Abu Hurairah (Father of Kittens), because he always kept a kitten with him. One narration says that once he had a kitten in his sleeve and the Prophet saw this and called him Abu Hurairah. He spent all or most of his time in the Court of Rasoolullah . His mother was against Islam initially, but later accepted Islam through the Dua of Rasoolullah . From Amongst the Sahaba-e-Kiraam, the most Ahadith are narrated from him. Initially, he had a very weak memory. He informed the Prophet of this. Rasoolullah asked him to place his shawl on the ground. The Prophet then placed his hands into his shawl twice and asked him to place the shawl to his chest. From this day on, he never forgot any Hadith. He narrated about 5374 Ahadith of which 305 have been recorded by both Bukhari and Muslim. Even though he spent most of his time learning Hadith, He prayed 1000 Raka’ats of nafil daily. He always made the following Dua, O Allah, I ask refuge from the year 60 Hijri and the rule of boys. His dua was accepted and he passed away in the year 59 Hijri, one year before the rule of Yazeed Paleed. 

Brief Explanation of The Hadith This Hadith clearly explains the signs of a hypocrite. It shows that one who is a hypocrite will definitely have these signs in him or her. It must be noted that hypocrisy is generally in two categories. The first is called Nifaaq fil Itiqaad (Hypocrisy in faith) This is when a person claims to be a Muslim, yet he has kufr in his heart. The second type is called Nifaaq fil Amal (Hypocrisy in Deeds) In other words, this type is when one does that which is contrary to the stature of a Muslim. This is hypocrisy, such as the three signs mentioned in the Hadith. It is for this reason that it is said that a Munafiq can never be trusted. The most dangerous people are those who are hypocrites in faith. Those who claim to be believers yet try to destroy the Imaan of the True Muslims from within. There were even such people in the Glorious Era of the Beloved Rasool and Rasoolullah unveiled them and made it clear that we should disassociate ourselves from such people. The companionship of munafiqs, like the deviates of this era, is absolutely detrimental. 

We should make it our duty to keep ourselves and our families away from them, so that they may no plunge us into fitna and fasaad. Allah Protect us from the hypocrisy and the mischief of the hypocrites! Aameen 

 ðŸš€ INTRODUCING TAHA VENDOR SOLUTIONS Your Gateway to the Oil & Gas Industry Are you a Malaysian company planning to become a PETRONAS r...